Saturday, December 04, 2010
Rindu menjelma silih berganti
Oleh denyutan di dalam nadi
Segunung kasih penuh menghiasi
Lemah gemalai sentuhan naluri
Ingin diluah segan sekali
Namun fikiran tak ambil peduli
Andai ditanya isi di hati
Walau lautan luas berapi
Akan diselam direnangi
Tiada tandingan Tiada pengganti
Itulah Dia cinta sejati...
Sabtu, 4th December 2010.
Hari ini adalah hari pernikahan ku bersama seorang gadis yang amat aku sayangi. Walaupun asalnya aku membenci beliau. Hari ini juga aku telah digelar menjadi seorang SUAMI yang sah terhadap Isteriku. Masa berlalu dengan begitu pantas. Rasanya baru seperti semalam aku mengenali beliau...
Sayangku, aku amat bersyukur kerana diketemukan dengan dikau. Aku amat bersyukur kerana dapat mengikat tali pertunangan dan aku amat bersyukur untuk memperIsterikan dikau. Alhamdulilah..
Sayangku, peristiwa yang berlaku sewaktu kita bermusuhan dulu masih segar di benak ingatan ku. Tak akan aku lupakan bagaimana kita mampu menjadi teman sehinggalah ke hari ini. Amat lucu bila diimbaskan kembali...
Sayangku, banyak yang kita telah lalui bersama. Saat pahit manis, suka duka, kau selalu sabar dan masih menerima diriku seadanya. Walaupun ada kalanya aku sering membuat dikau terguris ataupun menyakitkan...
Sayangku, hari ini adalah hari yang amat bahagia buat diriku. Aku pasti kau juga merasainya. Aku bersyukur dan akan terus berdoa semoga mahligai yang kita bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan terus diberkati. Semoga kita mampu menempuh segala dugaan yang melanda dengan penuh kesabaran dan keimanan. Insyallah...
Sayangku, terima kasih kerana sudi menjadi teman hidupku. Akan ku sayang, ku belai dan ku rindu selagi hayatku. Semoga kehadiranku mampu memberikan kebahgiaan di dalam hidupmu...
Sayangku.... Aku Cinta Padamu...
`kaulah segalanya.
5:18 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."