Thursday, December 18, 2008
Khamis...
Kali ini aku pulang dengan hati yang sedikit tenang. Walaupun tidak sepenuhnya namun sedikitnya itu dapat melegakan hatiku ini...
Kedengaran suaramu akhirnya memecahkan kesunyian yang menghinggap di halwa telingaku. Aku cukup gembira dapat melihat kau membukakan mata dan menatap wajahku...
Walaupun keadaan kau masih lemah, kau berupaya untuk mengukirkan senyuman kepadaku...
Sayangku, cepatlah dikau sembuh. Aku benar benar merindukan pelukanmu. Aku rindukan belaian mu dan aku rindukan gurauan manja mu...
Doaku sentiasa untukmu. Usahlah kau ragui lagi cintaku padamu. Cintaku sentiasa buat dirimu sayang...
Kini aku hanya sabar menanti kepulanganmu. Dengan bertanamkan semangat yang tabah dan hati yang cekal, akan ku lalui segala cabaran dan dugaan dengan penuh keimanan dan keredhaan...
Sesungguhnya Allah yang Maha Menentukan...
Amin Ya Rabbal Allamin...
"...kau masih ku cintai, sungguh"
`kaulah segalanya.
11:12 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."