Monday, September 24, 2007
Isnin...
Alhamdulilah...
Masuklah sudah hari yang ke dua belas kita seluruh umat islam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh mulia dan penuh barakah diantara bulan bulan yang lain...
Kini, hampir lima bulan aku bekerja di tempat baru. Syukur kepada Illahi kerana memberikan aku rezeki yang mencukupi. Teman seperjuangan juga memainkan peranan dan memberikan sokongan yang sewajarnya kepadaku....
Namun, aku dilanda dilemma. Aku dihukum secara diam. Aku dicucuk racun berbisa. Aku bingung! Aku resah! Aku gelisah... Mengapa??!!
Bukannya aku marah pada dirimu. Bukannya aku benci dengan sikapmu. Aku cuba untuk bebual dengan kau setiap kali kita bersua namun berat mulut ini untuk meluahkannya...
Dari raut wajah muka mu, aku dapat melihat yang kau benar benar kecewa dengan kelakuan diri ku. Namun aku ikhlas untuk berkawan. Tidak pernah pun aku mempunyai hasrat dendam ataupun benci terhadap dirimu...
Saat perkenalan pertama kali masih segar di ingatan. Walaupun cara tuturan mu amat kasar, namun ia memberi kesan yang manis terhadap diriku...
Tempoh hari di tempat bekerja, kau dan aku bertentangan di dalam lif. Sekelip renungan matamu membuatkan aku rasa menyesal dengan apa yang telah berlalu...
Aku insaf. Aku sedar. Aku yang bersalah. Aku ingin benar benar memohon maaf dengan dirimu. Aku ingin benar benar menembusi segala kesalahan ku. Tapi aku sedar bukan semudah itu...
Pada bulan yang mulia ini, aku berharap & berdoa semoga kau dapat memaafi diriku ini. Semoga persahabatan kita akan terjalin jua...
"...seandainya kau terluka"
`kaulah segalanya.
6:19 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."