Saturday, January 20, 2007
Sabtu...
Ada apa disebalik KAU & AKU?
Kalau dilihat secara teliti, memang ejaannya berlainan namun huruf yang berada di dalamnya adalah sama...
Kalau dialihkan huruf di dalamnya, kedua duanya boleh dieja bersama. Seperti A,K,U ataupun K,A,U. Ini bermaksud KAU & AKU boleh bersatu seandainya mereka ingin bersatu. Juga terpulang kepada individu & juga takdir yang menentu...
Mungkin KAU berlainan arah dan AKU tidak berpaling tadah. Sememangnya KAU & AKU tiada dua tetapi satu. Tak usah lagi ragu ragu. Tak usah lagi terkenang kisah zaman lalu. Masa dah berlalu. Alaf pun dah baru. Perjalanan harus tetap dituju. Harus yakin, sabar dan tetapkan iman selalu...
Tetapi, jikalau KAU & AKU tidak dapat bersama, mungkin ia angkara pihak ketiga. Janganlah berputus asa. Harus terus berusaha. Seandainya jodoh tiada, kita Redha. Berdoa & Mintalah dari yg Maha Esa. Kerana Dialah yang menentukan segalanya...
Siapakah angkara pihak ketiga? Nahh... lihat contoh selanjutnya...
Jikalau KAU... dengan pihak ketiga... akan menjadi paKAU, tembaKAU, emakKau, puKau, ceKau dan lain lain lagi....
Bagi AKU pula... dengan pihak ketiga... akan menjadi sAKU, pAKU, bAKU, LAKU, kAKU dan sebagainya...
Inilah yang dimaksudkan pihak ketiga. Asalnya dari KAU & AKU akan menjadi berbeza seandainya pihak ketiga diselitkan ke dalam cerita...
Sebagai teman yang setia menanti, AKU gembira kerana KAU dulu sudi menerima diri ini, sudi memahami, sudi menyayangi, sudi berkongsi & juga terima kasih kerana sudi menyakiti hati ini...
Memang benar perjalanan hidup banyak memerlukan pergorbanan. Banyak menguji kesabaran & keimanan. Namun, AKU yakin ia akan menghasilkan ganjaran yang lumayan. Di saat itu, AKU akan menanti KAU di akhir garisan. Membawa pulang kemenangan...
Akhir sekali, terima kasih bLoGGer kerana sudi menjadi teman seperjuangan. KAU & AKU akan menjadi sejarah kegemilangan. Akan bersama menempuhi masa hadapan. Sejarah yang tak Lapuk dek hujan, tak Lekang dek kepanasan...
"...Harimau mati tinggalkan belangnya, Manusia mati tinggalkan nama"
`kaulah segalanya.
10:09 AM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."