Wednesday, April 26, 2006
.....Ia datang kembali. Perasaan itu menghampiri lagi. Mengapa? Mengapa harus ia datang menghantui diri ku lagi? Tidak cukupkah ia menyiksa diri ku ini? Aku takut...
Takut akan adanya ia nanti, akan musnah lah segala impian yg diingini. Walaupun ku cuba untuk menepis segala andaian, namun di pelusuk benak fikiran ku masih mengisahkan tentang cinta kau & dia yg sudah pun lama meluputi. Adakah aku masih curiga lagi? Atau kah ia hanya mainan khayalan ku lagi?
Maafkan lah aku seandainya ku bersikap demikian. Ada kalanya aku takut & ingin keseorangan. Kerana aku takut dgn kekecewaan. Yang bakal menghancurkan perasaan. Yang dapat memusnahkan impian. Tiada belas kasihan...
Namun ku sedia menerima tomahan. Ku sanggup melalui cabaran. Dan ku berani menempuh dugaan. Kerana ku pasti kau takkan ku tinggalkan. Kau takkan dikecewakan. Dan kau takkan dipisahkan tetapi ku harus sentiasa mengingati bahwa kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yg menentukan...
Kadang kala aku tertanya tanya. Apakah aku dan dikau akan bersama? Adakah kau yang akan bertakhta? Ataupun ia hanya sandiwara semata mata. Kadang kala aku terasa. Adakah aku tempat persinggahan sementara? Ataupun ruang tempat kau mengadu, tertawa bersama? Aku bingung, risau & gelisah. Fikiran ku sering tertanya tanya namun belum lagi ku bertemu dgn jawapannya...
Mungkin ini lah dinamakan Dilemma...
- :: luahan si Putera Adi :: -
.....adakah ku masih meragui cinta?
`kaulah segalanya.
8:35 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."