Tuesday, November 01, 2005
Selasa...
Dimulakan dengan Bismillah, Diakhiri dengan Alhamdulilah...

Hampir genap sebulan telah berlalu. Suasana semakin meriah & ceria. Maklumlah lagi berapa hari lagi, Syawal akan tiba. Dan seluruh umat Islam di dunia akan menyambut hari kemenangan kita, Hari Raya...
Pada mereka yg sering ke lelaman ku ini, ribuan terima kasih aDy ucapkan kerana masih sudi & setia menyinggah ke blog daku yg tak seberapa ini.
Hari Raya bagiku tahun ini sama sahaja seperti tahun tahun yg berlalu. Namun apa yg paling menyedihkan & tak dapat dielakkan, aDy terpaksa bekerja pada hari raya yg pertama & kedua. Namun, aDy masih tetap berasa bangga & gembira kerna dpt menyambut hari raya bersama rakan sekerja & juga mereka mereka yg senasib dengan aDy.
Kadang kala, ada juga aDy memikirkan. Mengapa kami yg masih muda harus memberi laluan pada mereka yg lebih berusia? Mengapa harus kami pentingkan mereka dari diri kami sendiri? Mengapa harus segalanya dilemparkan kepada kami? Mengapa bila kami kesusahan, tiada satu pun dari mereka yg menghampiri & sudi menghulurkan bantuan kepada kami? Wallahualam.
Apa yg aDY maksudkan disini adalah mereka mereka yg sekerja dgn aDy. Mereka yg lebih berusia daripada aDy. Mereka yg lebih berpangkat diri dari aDy. Dan mereka yg lebih dulu mengenal hidup dari aDy. Tetapi memang benar mereka mempunyai keluarga, sanak saudara, ibu bapa mertua ataupun nenek dan datok kesayang mereka.... Namun mereka juga harus fikirkan tentang kami. Kami juga mempunyai ibu & ayah yg tercinta. Kami bukan anak yatim. Kami juga mempunyai keluarga. Tetapi mengapa harus mereka mengatakan bahawa kami ini "hanyalah anak muda..." ?
Memang benar tiada yg lama, tiadalah kita. Jadi, mereka sebagai yang lebih lama harus bersikap lebih adil, bertanggung jawab, berpendirian & yg paling penting skali, harus menjadikan contoh yg baik buat kami yg masih mentah & muda & memerlukan tunjjuk ajar...
Bila difikirkan, kata kata ku ini hanya tersirat di dalam hati. Ianya lemas dek tak kesampaian untuk meluahkan pada telinga kasar mereka. Ianya bagaikan kecut dijirus air yg mencurah curah. Ianya hanya diam membisu tiada bicara...
Wahai abg & kakak di tempat keje ku... Bukannya daku ingin bersikap kurang ajar di hadapan mu. Namun, insan mana yg dpt sanggup bersabar demi kelalaian & kesombongan mu. Dimana terletaknya keadilan, kehormatan, kejujuran, keikhlasan & kerelaan? Hanya apa yg aku tahu, Doa bagi mereka yg teraniaya akan termakbul jua akhirnya... Ingatlah...

Ya Tuhanku, Yg maha pengasih Lagi maha penyayang.. Ampunilah dosaku. Aku sedar aku telah byk berdosa terhadap mu. Aku lalai & aku tinggalkan tanggung jawab ku. Hukumlah aku sebagaimana yg kau ingin. Aku redha atas keputusan mu. Mungkin ini semua adalah dugaan bagiku. Mungkin ini semua adalah takdir buat diriku. Aku sedar segalanya..
Biarlah kini, aku mendiam diri. Hanya Tuhan saja yg mengerti. Hanya Tuhan saja yg dpt memberi. Dan sebagai hamba allah yg sentiasa merendahkan diri...Aku menanti. Amin.
.....Luahan si Putera Adi
`kaulah segalanya.
10:00 AM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."