Sunday, August 07, 2005
"bLog ruang peribadi...? Atau berkongsi..?"
Topik yg cukup menarik buat kali ini. Memang benar kata mereka. Tanpa disangka, blog kini semakin meningkat popularitinya. Masih teringat aku masa zaman dulu blog baru2 lagi nak "naik" lah katakan. Tidak ramai yg begitu pasti akan apa itu "bLog"... Ah meh aku citerkan sikit tentang pengalaman aku bagaimana aku dpt mengetahui tentang blog...
Kisah nyer berbunyi begini....
Adalah zaman tu, aku terbaca di suratkhabar tentang seorang remaja perempuan yg meluahkan nasib dirinya di sebuah blog sebelum beliau menamatkan riwayatnya sendiri. Remaja berikut telah mengadu segala galanya tentang hidup beliau. Semasa di saat saat yg terakhir, beliau telah menunjjukkan perasaan sedih, resah, takot & lain lain lagi termasok meluahkan apa erti hidupnya lagi di lelaman berikut. Namun, tidak ramai daripada temannya yg begitu pasti akan apa yg akan terjadi selanjutnya...
Sehinggalah, apabila beliau telah pergi buat selamanya.. barulah teman temannya mula mengenal pasti apa yg telah diluahkan di blog berikut. Setelah pemergian beliau, ramai yg mengujung blog itu dan mengucapkan takziah di dalam tagboard yg telah disediakan walaupun mereka sedar bahawa si empunya blog itu telah lama meninggal dunia...
Aku pun mula tertarik dgn cerita itu dan cuba mengelungsur di internet untuk mencari lelaman berikut. Namun, hasilku tidak berbuah. Akhirnya, aku cuba mengenali erti blog, cara penggunaannya, motive & tujuannya & kelebihannya...
Masih lagi aku teringat, punyalah susah nak buat blog. Tapik skrang dah canggih. Dah ada macam macam skins yg boleh didapati. Kini, blog kian meningkat penggunanya. Nak dikatakan, kalau ada internet, takda ada blog...mcm tak staiilll gitu... ( ini orang kata, aku tak kata...hehehe). Tapi, terpulang pada individu masing masing untuk mengganggap sama ada blog itu "ruang peribadi" ataupun "ruang berkongsi"...
Pada pendapat aku, dua dua pun boleh. Yg penting, sambil aku blog kat sini, dpt juga aku berkongsi. Jadi korang pun tak kering gusi. Lihat bahasa melayu, korang geli hati. Maklumlah, asal boleh jer nie. Alahh...Asalkan korang hepppiii!!
Akhir kata, Setiap yg baik datang daripadaNya dan setiap yg buruk datang diri ku jua....Sekian.



.....Luahan si Putera Adi
`kaulah segalanya.
10:39 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."