Isnin...
Aloo aloo semua....apa kabar. Mesti semua menanti new blog hamba kan?? kekee... Seperti biasa. Blog-blog yg adi tulis khas buat semua tentu ada sumting in return for u guys..
Earlier i watched this programme called..."Hanyut". Based on a true story, it mainly focus on teens & youngsters nowadays. From the episod that i watched, i've agreed that "this-group-of-people" were really really different from the olden days...
Nowadays, even the newspapers & media have reported that the numbers of abortion has risen from year to year. But, still yet to know whether most of them were Chinese, Indian or my own race, the Malays...
Just what do "this-group-of-people" want to prove?? R they being left out? R they under peer pressure? Or r they juz doing it for fun??
Till now, parents can't think of an answer..Tis is due to the lack of attention, love, care & concern given to the respective children of theirs...Well, maybe wat i've said is wrong. But, each individuals have the proper rights to say & decide their own way of life...
Kadang kala manusia tidak perna bersyukur dengan apa yg mereka ada. Tetapi, bila Tuhan ingin ambil semula hakNya, barulah manusia mula sedari akan kebesaranNya...
Kebebasan lah di sini yang aku maksudkan. Kurang bebas, manusia akan berkata. Terlebih bebas, kebinasaan yang datang berlimpa... Ikutilah kisah berikut yg aku karangi ini...
Sinopsis
Remaja zaman sekarang dipenuhi dengan kebebasan
Sampai adat sendiri pun tidak dihiraukan
Pergaulan bebas mengakibatkan keterlanjuran
Minuman keras pula dianggap perkara ringan
Namun siapakah yang harus disalahkan?
Seulit renungan membakar di fikiran
Diselubungi penuh dengan kekalutan
Tersentak dari pelusuk khayalan
Yang tersimpul di benang ingatan
Terkusut lilitan benang di minda
Tersimpul rapi kusutan terlerai
Andai daya tidak bermaya
Maka impian jatuh berderai
Tiada lagi timbulnya keresahan
Yang merintis sepanjang jalan
Yakinkan diri selami kebebasan
Harungi tomahan kebinasaan
Masih bermain dibuah fikiran
Masih digaris kekusutan
Yang mana harus dileraikan
Yang mana perlu dikukuhkan
Sudah menjadi kewajipan Bagi yang digelar insan
Sudah menjadi kemestian Demi mengecap kebebasan
Namun tiada ukuran Bagi yang tiada halangan
Dihembusi kata hasutan Tergoyahlah segala iman
Terpincanglah kebenaran Dan mengabori pandangan
Jadi satu kemusykilan Mana arah hala tujuan
Tiada sentap di lamunan Untuk Cuba merenungkan
Lalu IA menyeretkan Ke arah kebinasaan
Ini erti kebebasan
Kalau nak kecap kebebasan
Jangan pula keterlaluan
Jangan dibuat benda yang bukan-bukan
Kelak diri sendiri yang kerugian
Bukan di luar jangkaan
Bukan pula cerita rekaan
Ini semua adalah kenyataan
Dah ada pun teladan, Masih juga dilakukan?
Remaja zaman sekarang dipenuhi dengan kebebasan
Pulangnya lewat, sudah menjadi kebiasaan
Dikatanya pergi berjumpa kawan
Walhal pergi berdansa melepaskan gian
Hai Minuman keras, dianggap perkara ringan
Secawan pula tidak cukup memuaskan
Pil khayal diambilnya sebagai gantian
Pergaulan bebas, bagai santapan bila kelaparan
Eh bila dah timbul kehamilan, Hah! Mulalah nak lepas tangan
Kata si dia "Bukan aku per yang lakukan...!!"
Ini semua adalah suatu permainan
Bagi mereka yang digelar insan
Nafsu membantai tanpa pesan
Hidup di dunia bukan samaran
Di akhirat nanti kau dibinasakan!!
Kau dibakar, Kau ditikam dan Kau dipadamkan!!
Lalu di saat itu, kau dihidupkan
Kau dihadapkan,
Menyeru seruan Tuhan...
Keretakkan iman usahlah diteruskan
Dek keterlaluan sendiri kerugian
Tempuhilah hidup penuh kesabaran
Kukuhkan iman sebagai sandaran
Kehidupan insan harus diteruskan
Kehancuran lalu sifatkan satu teladan
Kebebasan keterlaluan
Hai Menuju Kebinasaan....
.....Luahan si Putera Adi
`kaulah segalanya.
10:55 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."
TUMPAT| |fRiEndSteR| |eMaiL mE| |FaceBook| |hi5| |diKiRBaRat.Com|