Tuesday, December 21, 2004
Selasa...
NUR HIDAYAH
Sister Marry sedang menangis. Air matanya berjurai membasahi pipinya yang kemerahan. Rambutnya kusut masai dan kelopak matanya basah digenangi air.
" Janganlah terlalu banyak menangis. Nanti kau jatuh sakit" kata Sister Anne dengan suara yang lunak. Dibelainya rambut Sister Marry dengan rasa penuh kasih sayang seorang sahabat.
" Aku rasa tersisih. Khidmat aku tidak diperlukan lagi oleh pihak gereja. Aku rasa seperti dipulaukan…" Sister Marry merintih sayu bersama sendu tangisnya.
Sister Anne rasa bersalah. Dia tidak dapat memaafkan dirinya yang terlepas cakap menyebabkan pihak gereja tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Sister Marry. Dia masih ingat, beberapa minggu sebelum itu, Sister Marry jatuh sakit lalu di masukkan ke hospital. Sakitnya semakin hari semakin tenat dan para doktor masih belum dapat mengesan punca penyakitnya. Dan selama Sister Marry di hospital, Sister Anne yang selalu datang melawatnya.
Pada suatu hari ketika Sister Anne sedang menziarahi sahabatnya, dilihatnya Sister Marry berada dalam kedaan nazak seolah hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sister Anne berasa cemas dan tidak tahu apa yang patut dilakukannnya selain menghubungi jururawat yang bertugas. Apabila dia balik semula ke katil, dilihatnya seorang wanita pertengahan umur yang juga pesakit di sebelah katil sahabatnya sedang mendekatkan mulutnya ke cuping telinga Sister Marry sambil mengucapkan kalimah syahadah " Lailaha Illallah Muhammad Rasullullah ".
Berkali-kali kalimah itu diucapkannya dan bibir Sister Marry kelihatan bergerak-gerak seolah sedang mengikut apa yang diajarkan oleh wanita itu. Apabila doktor dan jururawat sampai, Sister Marry segera di beri pertolonban cemas. Ketika itu Sister Anne berasa akan kehilangan seorang sahabat yang sama-sama mengabdikan diri kepada gereja. Namun satu keajaiban telah berlaku. Nyawa sahabatnya berjaya diselamatkan.
Apabila balik ke gereja, Sister Anne menceritakan keajaiban itu kepada kawan-kawannya. Pihak gereja menganggap itu bukan satu keajaiban tetapi satu penghianatan kerana Sister Marry telah kufur dari agamanya. Dan sejak itulah Sister Marry dipandang serong malah telah dipulau oleh paderi-paderi di gereja itu.
Untuk menghiburkan hatinya yang kesepian, Sister Marry selalu bersendirian dalam biliknya. Dan untuk mengisi kebosanan di hatinya dia menonton tv, mendengar muzik dan membaca. Antara bahan bacaan paling menarik hatinya ialah sebuah tafsir Al Quran yang dihadiahkan oleh Ustazah Hasimah, yang mengajarnya ucapan kalimah syahadah.
Dia mengangap wanita itu bukan sekadar kenalan biasa malah seperti saudara. Tambahan pula, selama berada di wad, mereka selalu berbual dan berbincang mengenai kehidupan dan kematian. " Hidup kita di dunia ini ibarat sedang belayar di lautan menuju ke pelabuhan. Kapal yang kita naiki singgah sebentar di sebuah pulau untuk kita mengumpul bekalan. Mereka yang leka dan lalai akan pulang dengan tangan kosong," katanya.
Mengenai Nabi Muhammad saw, tanda-tanda kelahiran baginda sudah dinyatakan dalam kitab Taurad, Injil dan Zabur. Malah pendita-pendita Yahudi yang hidup ketika itu sudah mengetahui akan lahirnya seorang nabi akhir zaman.
Sister Marry kagum dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ustazah Hasimah. Melalui Ustazah yang baik hati itu, dia banyak mempelajari tentang agama Islam. Malah dia juga sudah menyukai seruan azan yang berkumandang setiap kali masuknya waktu sembahyang. Setiap kali mendengar suara azan itu, hatinya berasa tenang setenang air di tasik.
" Sudikah kau kalau saya ceritakan asal usul azan?"
" Tentu sekali."
" Selepas solat lima waktu sehari semalam diwajibkan maka baginda memikirkan bagaimana cara untuk memanggil orang ramai berkumpul di masjid untuk sembahyang berjemaah. Mula-mula ada cadangan di bunyikan loceng tetapi baginda tidak setuju kerana cara itu sama seperti kaum Nasrani. Ada pula cadangan di hidupkan api sebagai satu isyarat namun baginda tidak setuju kerana cara itu serupa penganut agama majusi. Akhirnya pada malam itu Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar bermimpi ada seseorang menyuruh dilaungkan kalimah azan. Dengan itu terbukti azan itu dari Allah swt yang diilhamkan melaui para sahabat."
Menurut Ustazah Hasimah lagi, selain waktu solat, azan juga sunat di kumandangkan ketika menyambut kelahiran, ketika berlakunya kebakaran dan ketika berlakukan ribut taufan ketika belayar di lautan. Sejak itulah dia mula tertarik dengan suara azan.
Dan senja itu seperti senja-senja sebelumnya, dia berdiri di tepi jendela biliknya sambil merenung ke tepi langit bagai seorang perawan yang sedang menunggu suara kekasihnya. Dan apabila suara azan berkumandang dari menara masjid yang terletak tidak jauh dari gereja itu, dia akan menghayati kalimah syahdu yang mendayu-dayu itu dengan penuh perasaan.
Ketika itu dia berasa ada semacam kebahagiaan yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, menyelinap ke lubuk hatinya. Dan jika suara itu tidak didengarnya ketika hujan lebat atau tenggelam oleh suara orang ramai yang sedang berdoa dalam gereja, jiwanya terasa kosong. Dia pernah menceritakan keajaiban itu kepada Sister Anne namun sahabat baiknya itu mengingatkan supaya dia lebih berhati-hati bimbang menerima hukuman dari pihak gereja.
"Oh Tuhan, tunjukkan aku jalan yang lurus," itulah doa yang selalu dibacanya setiap kali bersembahyang dalam lady chapel. Dia berharap Tuhan akan mengkabulkan doanya.
Namun dia berasa Tuhan belum mahu memperkenankan permintaannya. Kerana itu penderitaannya masih belum berakhir. Malah kadang-kadang dia berasa berdosa terhadap apa yang dilakukan selama berada di gereja itu. Kekadang dia berasakan dirinya bagai seorang musafir yang tersesat di sebuah gurun..
Cuaca bulan April tidak menentu. Ada kalanya hujan turun sepanjang malam. Ada pula ketikanya bahang mentari memijar dari pagi hingga ke petang. Dan pagi itu ruang angkasa bagai sebuah kawah besar yang diseliputi warna biru. Sebaik sahaja selesai membersih bilik lady chapel, Sister Marry cepat-cepat masuk ke biliknya. Di situ saja dia berasa aman dari gangguan Sister Isabella..
" Awak berdosa kerana mendengar suara azan!" pernah dia diherdik oleh ketua biarawati itu ketika dia sedang asyik mendengar suara azan yang sedang berkumandang.
" Kenapa?" dia bertanya polos.
" Itu bukan suara dari geraja," bentak sister Isabella.
Dia berasa sedih kerana dilarang mendengar suara yang dirinduinya. Tiba-tiba dia menangis terisak-isak. Sister Isabella yang tadinya bagaikan singa betina yang lapar tiba-tiba berubah sikap. Hati batunya jadi cair bila melihat Sister Marry menangis.
" Bersyukurlah kerana kau telah insaf," katanya sambil memeluk tubuh Sister Marry erat-erat. Sister Marry merasakan dirinya tenggelam dalam pelukan kasih sayang.
"Jangan menangis lagi, nak. Pergilah berehat dan malam nanti kita akan merayakan pesta St. Anne."
Dulu dia paling gembira menyambut perayaan itu. Hatinya seronok melihat beribu-ribu penganut agama Katolik dari seluruh tanah air, berkumpul dalam pesta selama sembilan hari itu sembilan malam. Kemuncak perayaan itu ialah perarakan membawa lilin berjalan kaki mendaki tangga gereja St. Anne. Selain itu dia juga suka mengerjakan Noveda, iaitu beribadat selama sembilan hari berturut-turut tanpa putus.
Malam itu walaupun dia berasa kurang sihat namun digagahkan juga dirinya menyertai beribu-beribu penganut agama Katolik yang taat mendaki anak-anak tangga gereja St Anne. Dia mengheret kakinya memijak satu demi satu anak-anak tangga. Tiba-tiba dia berasa pitam. Pandangannya gelap dan tidak sedarkan diri.
Bila sedar dirinya sudah terbaring di atas katil dalam biliknya. Ketika terbaring seorang diri, dia teringat zaman mudanya. Ketika itu usianya baru mencecah 20 tahun. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda yang sebaya dengannya. Namun percintaan mereka mendapat tentangan kerana keluarga masing-masing berlainan mazhab. Keluarga Sister Marry bermazhab Khatolik manakala keluarga kekasihnya bermazhab Protestan. Dalam diam-diam dia dan kekasihnya merancang hendak kahwin lari.
" Aku akan bawa kau ke Kuala Lumpur. Di sana tidak ada siapa yang mengenali kita," kata David kekasihnya.
" Awak ada duitkah?" dia bertanya ragu-ragu.
" Wang simpanan yang dititipkan oleh orang tuaku masih banyak. Kita tidak akan menghadapi kesulitan." jawab David penuh yakin.
Dia seolah bermimpi apabila memijakkan kakinya di kota Kuala Lumpur. David membawanya melawat tempat-tempat yang menarik. Mula-mula mereka ke Genting Highland. Kemudian ke KLCC, menikmati pemandangan dari puncak menara Kuala Lumpur dan bila berasa lapar mereka menjamu selera di sebuah restoran ternama di ibu kota . Dia dan kekasihnya bersantai di kota Kuala Lumpur tanpa pengetahuan ibu dan bapa masing-masing. Namun mereka tidak berasa bersalah malah asyik ketawa ria sepanjang masa. Dan apabila malam menjelang tiba, David memimpin tangannya menuju ke sebuah hotel lima bintang. Sebaik sahaja pintu ditutup maka dia menghempaskan dirinya di atas katil yang bertilam empuk itu. Dia berasa terlalu gembira.
" Awak tentu dahaga..." kata David sambil menghulurkan sekotak air minuman. " Selepas minum air ini awak akan segar semula."
Tanpa berfikir panjang dia menghirup air dalam kotak itu. Dan tiba-tiba matanya rasa mengantuk. Kemudian dia tidak sedarkan diri. Apabila dia terjaga pada keesokan paginya, David sudah tidak ada lagi di sisinya. Barulah dia tahu siapa David yang sebenarnya. Syurga impian yang dijanjikan oleh kekasihnya telah bertukar menjadi neraka. Untuk kembali ke pangkuan keluarga adalah sesuatu yang amat mustahil. Tanpa pengetahuan David, dia pun keluar dari bilik hotel dengan membawa beg pakaiannya lalu berjalan mengikut kemahuan kakinya. Setelah berasa letih dan menggigil kesejukan dalam hujan lebat, akhirnya dia sampai di sebuah gereja. Di situ dia mendapat perlindungan.
Setelah beberapa hari berlindung di gereja itu dia diberi tugas sebagai pembantu biarawati. Tugasnya menjaga kebersihan dalam gereja itu disamping membuat ibadat dengan disiplin yang kuat. Kerana ketekunannya beribadat maka akhirnya dia dilantik menjadi paderi. Hari bertukar minggu dan minggu berganti bulan dan akhirnya genap sepuluh tahun dia tinggal di gereja itu.
Lamunannya terhenti apabila kedengaran suara azan subuh. Kali ini dia berasa seperti ada sesuatu yang memenuhi piala hatinya. Lantas dia tidak dapat menahan perasaanya. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk segera menyahut seruan azan itu. Dia cuba menahan perasaannya namun tidak berjaya. Akhirnya dia nekad mengambil satu keputusan yang amat dirasakan penting dalam kehidupannya. Dia gagahkan dirinya mengatur langkah, keluar dari gereja menuju ke masjid. Kalau suatu ketika dahulu dia menuju ke gereja untuk mendapat perlindungan, kali ini dia menuju ke masjid untuk mencari kebenaran.
Selesai solat Subuh, para jemaah berduyun-duyun keluar dari masjid. Masing-masing berasa hairan melihat seorang paderi wanita yang memakai jubah hitam duduk bersimpuh di tangga masjid.
" Sister Marry !" teriak satu suara. Dia menoleh ke arah datangnya suara itu.
" Ustazah hasimah…!" balas Sister Marry. Dia berasa ingin melonjak kerana kegembiraan.
" Kenapa Marry berada di sini?" tanya Ustazah Hasimah.
" Saya ingin memeluk Islam. Ajarkan saya ucapan kalimah syahadah…" jawab Sister Marry.
Dan hari itu, bertempat di rumah Ustazah Hasimah, Sister Marry menukar namanya Nur Hidayah serta menukar pakaiannya dengan berjubah muslimah. Kemudian dia diajar mengucapkan dua kalimah syahadah.
" Saya naik saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
" Nur Hidayah," kata Ustazah Hasimah. " Kau adalah saudaraku dunia dan akhirat."
- TAMAT - Kurnian Abdul Latip Talib...
Got tis while bloghopping. Terpaut dengan tajuk ciptaan beliau. ;D
Well guys, remember tat each one has their own miracles. Juz do hope & wait for them to happen...
Got a new theme to brainstorm on. Well, cant reveal it yet. Its kinda confidential. Need to do more research n research. Tomorrow im working in the morning shift. My deployement...?? Its easy task. A new officer will be attached to me and im goin to teach him wats police life is all about. Wakakakaa...
My fever keep bugging me. Ate my medicine & even my antiobiotics. Kewl...Im feeling a bit drowsy rite now. Hhehee... (stop for a moment)
*blank*
OKay, i guess tat's about it...I think tis time round i've got something to blogged about...My new partner, my new project theme and i i'll try to find someting more exciting to share about.....Byezz...
ChiaOOoO....
`kaulah segalanya.
9:00 PM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."