Monday, November 29, 2004
Isnin...
Rindu kini tersemai di hati,
Onak duri kembali menyaluti,
Usah diduga lautan berapi,
Kelak nanti membakar diri...
Aku sedar bahwa setiap insan yg dilahirkan di dunia mempunyai kelebihan & kekurangannya. Setiap yg dilakukan mempunyai erti disebaliknya. Namun, apa yg dilakukan sudah pun tercatit olehNya yg maha Esa...
Aku sedar bahwa hidup ini hanyalah sementara. Tiada kekal nya. Setiap insan yg bergelar "manusia" pasti akan mati bila tiba masanya. Namun, apa yg telah terjadi adalah kehendakNya yg maha Esa...
Aku sedar bahwa aku tak punyai segalanya. Rupa, Harta & Nama. Aku hanyalah manusia biasa yg dikurniakan cukup sifatnya. Manusia yg dibesarkan dengan penuh kasih sayang Ayahnda & Ibunda. Namun, apa yg akan terjadi adalah penentuanNya yg maha Esa...
Wahai teman-temanku yg amatku sayangi, bukannya diriku ini ingin membuat diri mu benci. Aku sedar atas kesilapan diriku. Siapakah yg akan lari dari kesilapan? Tidakk..Tidak ada satu pun yg akan bernasib baik sebegitu. Namun, dengan kehadiran kesilapan, akan dapat kita mempelajarinya...
Kesilapan ku ini telahpun ku sedari. Tetapi mengapakah kau masih mendiamkan diri? Mengapakah kau masih menjauhkan diri? Dan mengapakah tidak mengendahkan diri ku ini? Katakanlah pada ku teman..Katakanlah.. Airmata di pipi ku telah banyak jatuh berderai. Hati kecil ku ini telah lama ku pendamkan. Apakah kesalahan ku tak dpt kau maafkan? Jangan lah dibiarkan ku begini teman... Aku takut. Aku takut jikalau aku takkan dpt lihat dirimu lagi...
Mungkin aku akan pergi buat selamanya. Ya...Selamanya. Dan takkan kembali. Teman, aku memang benar sayangkan dirimu. Cinta nan suci lagi murni tak perna ku dugai. Kau memang teman yg setia. Tapi mengapakah kau berkelakuan begini..? Aku bingung..Aku risau...Aku takut...
Kini, aku berada di alam sepi. Tempat aku bersemadi. Teman, usahlah dikau titiskan air matamu di pusara ku ini.. Aku gembira melihat dikau kembali...
.....Keluhan si Putera Adi
`kaulah segalanya.
10:34 AM
[[ Siapa? ]]
Name: Putera Adi
Age: 1984
Location: Kota Singa
Occupation: Profiling Specialist
[[ Menarik? ]]
Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza
[[ Kurang Prihatin? ]]
Manusia diciptakan berbekalkan akal. Namun, masih ada yang tidak berbekalkan akal. Berakalkah mereka?
[[ Seseorang Yang]]
Susah dikenal pasti. Ibarat ketom berputik sekali hendak beribu kali.
[[ Mutiara Kata ]]
"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain,
duka seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang
hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."